Followers

have you ever heard about artificial egg? (telur ayam tiruan)

assalamualaikum

Hey guys. Post kali ni aku nak bercerita pasal telur ayam tiruan. Malaysia telah dikejutkan dengan penjualan telur ayam yang bukan dihasilkan oleh ayam tetapi dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia. Telur ayam tiruan itu dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga telur ayam yang asli. Berdasarkan googling yang aku buat, penghasilan telur ayam tiruan ini telah bermula di negara China. Ok, aku akan menunjukkan cara membuat telur ayam tiruan dan cara untuk mengenalpasti telur ayam tiruan.


Cara Penghasilan Telur Ayam Tiruan








Cara Mengenalpasti Telur Ayam Tiruan
  1. Kulit telur ayam tiruan adalah lebih berkilat daripada telur ayam asli, tetapi tidak begitu jelas.
  2. Ketika menyentuh telur ayam tiruan dengan tangan, rasanya sedikit lebih kasar daripada telur ayam asli.
  3. Ketika menggoncang telur ayam tiruan, ia akan mengeluarkan bunyi, ini kerana air melimpah daripada wakil padat.
  4. Telur ayam asli berbau sedikit seperti daging mentah.
  5. Tekan telur perlahan-lahan. Telur ayam asli mengeluarkan bunyi lebih keras daripada telur ayam tiruan.
  6. Setelah mengeluarkan isi telur ayam tiruan, kuning telur dan putih telur akan mencair bersama. Hal ini kerana kuning telur dan putih telur terbuat dari bahan yang sama.
  7. Ketika menggoreng telur ayam tiruan, kuning telur akan menyebar tanpa disentuh.


Harap post ni dapat membantu korang untuk lagi berhati-hati ketika membeli telur ayam sebab telur ayam tiruan boleh memberi kesan buruk kepada badan kita. Pesanan aku, kadang-kadang kita perlu fikirkan kualiti daripada kuantiti.

salam

11 comments:

AcanCapik said...

dahsyat tol. telur pun ada tiruan. lepas ni ada daging tiruan, air tiruan, sayur tiruan pulak agaknya...

fendy said...

acan: taw tak ape acan.sekarang ni macam2 benda boleh jadi.

Jun said...

woo..dasyatt..
kalau mkn yg tiruan ni, rasa dia sama ke tak mcm yg ori?..

Miss R said...

pe lah m0tif sbnr di0rg wat cmni.. urmmm..

fendy said...

jun: ikut apa yang orang cakap, rasa telur tiruan ni macam tak ada rasa telur pun.rasa biasa je.

miss R: untuk senang dapat untung.

Pretty Honey said...

teruknye org yg cipta bnda tiruan mcm ni~ huhu..tkut plak nk beli telur~

fendy said...

pretty honey: memang teruk.tapi rasa kat malaysia tak ada lagi kes telur tiruan.yang kat pulau tikus,penang cuma telur ayam yang kurang sempurna. :)

nini_uniey said...

yup..btul3.. masuk paper.. tlur yg diwar2kan telur tiruan kt penang tu sbnrnya bkn telur tiruan..tp nk mkn telur skang cm was2 je.. ahaks

fendy said...

auni: syukur bukan betul.mesti lah,dah ada cerita pasal telur ayam tiruan,macam dah tak secure nak makan.cis!

nini_uniey said...

fendi ~~ tu la.. td tgok paper.. perniagaan telur kat penang merosot sbnyk 40%... sian pulak kat peniaga2.. sebab ura2 cmni.. perniagaan da merosot... semua org was2 da nk mkn telur

fendy said...

auni: 40%?banyak betul jatuh.efek sangat dasat.tapi tak taw macam mana orang boleh anggap tu telur ayam palsu.harap2 semua kembali ok kan. :)

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger