Followers

not again...

assalamualaikum

Hey guys. Aku nak mengadu sesuatu kat korang ni. Keadaan aku memang tak stabil sangat dan aku nak buat kerja apa-apa pun memang tak boleh. Urgh! Sekarang ni dah lah sibuk dengan FYP aku dan minggu ni kena tunjuk kat client/supervisor tapi ada pula yang mengacau. Kalau nak buat kerja je, mesti nak meleleh. Mesti korang dah tahu apa yang aku nak mengadukan. Iyer, FLU/SELSEMA. Disebabkan tu, aku telah meng'google'kan untuk cari macam mana nak sembuh kan selsema(plus, aku malas pergi klinik).

Tips untuk menyembuhkan selsema tanpa pergi klinik:
  • Minum banyak air panas (teh, sup, dll) untuk mengelakkan dehidrasi, menghangatkan badan dan untuk mennyahkan racun. Hal ini juga membantu sistem antibodi badan untuk melawan dan mencegah virus influenza. Minum teh herba juga membantu untuk meringankan sakit tekak.
  • Minum banyak jus (jus oren, jus multivitamin, dll) kerana vitamin dalam jus dapat membantu sistem antibodi badan dan menyembuhkan penyakit dengan lebih cepat.
  • Kekalkan kehangatan badan. Berpeluh membantu menyingkirkan racun dan memulihkan badan lebih cepat.
  • Kekalkan kehangatan kaki anda (memakai stokin yang selesa) kerana kaki yang hangat dapat membantu peredaran darah.
Sebenarnya ada cara yang lagi mudah. Pergi farmasi, beli Panadol Soluble. Kita sebenarnya tak baik terlalu bergantung sangat kat ubat-ubat macam ni tapi terpulang lah pada korang. Ok lah, saja nak kongsi tips ni. Doakan aku cepat sembuh ok. :)

salam


5 comments:

Zaza said...

get well soon dear...

Cik Kumbang said...

minum jus oren byk2...ngeee~

fendy said...

za: terima kasih. :)

fatin: itu lah,nanti nak minum banyak2.bagi cepat sembuh sikit. :)

nini_uniey said...

moga cpt sembuh..

p/s : sy juga sgt malas nk mkan ubat.. plus mencik g spital or klinik

fendy said...

auni: terima kasih.kembali sembuh sekarang. :)

p/s:betul.kita serupa,haha. :D

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger