Followers

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

muka kau buruk, teruk, busuk dan macam-macam lagi

assalamualaikum
Hi guys. Dalam post kali ini, aku nak bercakap mengenai persepsi manusia terhadap manusia. Jika manusia itu tidak mencapai satu tahap standard, ia dianggap tidak menarik. Memang dasyat bila manusia menilai manusia lain. Orang zaman sekarang ni, kalau dia nampak orang lain yang kurang menarik, dia mulalah memberi tanggapan yang negatif. Sebagai contoh:
  • Dia nampak tak cantiklah!
  • Dia nampak lansung tak handsome pun!
  • Adoi, kurusnya badan dia ni, macam batang lidi dah aku tengok dia!
  • Gelap macam warna arang dah aku tengok kulit dia ni!
  • Bapak gemuk badan dia tu, macam belon dah!
Dunia zaman sekarang telah menghasilkan satu 'benchmark' untuk menilai manusia. Kalau manusia itu berkulit putih, dia memang menarik orangnya. Kalau manusia itu berbadan tegap, dia memang handsome lah. Kalau badan dia 30-40-30, dia memang mantap sangat. 

Eh, come on lah. Jangan kita nak guna 'benchmark' ini. Kita tiada hak nak menilai seseorang itu sama ada dia cantik atau buruk. Setiap yang ada pada seseorang manusia itu adalah cantik atau handsome. Semua yang dicipta oleh Allah itu memang dah cukup sempurna.




salam

buncit, boroi, perut ke depan dan sebagainya

assalamualaikum
Hi guys. Kali ini aku nak buat post berkaitan dengan buncit @ boroi. Dulu-dulu, kalau bercakap pasal buncit, memang kaum lelaki yang kenalah. Tetapi sekarang tidak lagi, perempuan pun ada yang mengalami masalah yang sama. Aku pun juga ada lah sikit-sikit buncit tu tapi boleh cover lagi lah. :p


Daripada kajian yang aku buat pasal buncit ini, ada beberapa cara untuk mengawal atau mengurangkan masalah buncit ini.
  1. Pastikan anda bersarapan pada setiap pagi.
  2. Luangkan sedikit masa untuk bersenam.
  3. Banyakkan pengambilan serat (buah-buahan) yang tepat.
  4. Mempunyai masa tidur yang mencukupi.
  5. Cuba jauhi sebarang tekanan.
  6. Banyakkan minum air.
Bagi yang tengah buncit tu, janganlah korang rasa sedih. Masih ada cara untuk menyelamatkan korang dari terus menjadi boroi tapi kenalah usaha sikit. Kalau setakat cakap je, memang sampai ke sudah korang tetap perut jalan ke depan.
salam


are you in love?

assalamualaikum
Hey guys. What is love? Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal cinta. Tak pernah rasanya buat post pasal cinta ni,hehe. Banyak makna yang boleh diungkapkan bila kita cakap pasal cinta. Tiada maksud yang tepat untuk kita rungkai apakah sebenarnya tu cinta. Cinta itu indah, cinta itu penuh dengan kebahagiaan tapi adakah tu semua memberi maksud kepada cinta? No matter how you define it or feel it, love is the eternal truth in the history of mankind.

Aku pernah beberapa kali bercinta tapi tiada penghujung yang seperti aku mahukan. Mungkin aku belum bertemu jodoh aku yang sebenar-benarnya. Jadi, pengalaman tu semua aku nak kongsikan dalam post kali ni. Sebelum tu, apa yang aku sampaikan adalah berdasar kepada pengalaman aku saja.
  • Kejujuran dan Kepercayaan. Jangan sesekali mula menipu sebab lama kelamaan anda akan terus melakukannya. Ni kerana bila dah selalu buat, menipu akan menjadi perkara biasa dan mulalah tidak jujur pada pasangan anda. Begitu juga kepercayaan, jagalah dengan kepercayaan yang telah diberi oleh pasangan kita.
  • Ikhlas. Bila melakukan sesuatu untuk pasangan anda, perlu ditetapkan dalam hati bahawa kita buat adalah ikhlas dan tiada niat lain. Keikhlasan kita akan dibalas baik.
  • Terus Terang. Jika ada ketidakpuasan hati atau marah dengan sesuatu perkara, terus terang saja. Cara baik untuk terus terang adalah dengan gaya cakap yang baik dan nada yang rendah. Jangan kita melenting marah kat pasangan kita.
  • Adil. Bila kita bercinta, ia melibatkan dua belah pihak. Kedua-dua belah pihak perlu menjaga hati masing2 dan pasangan kita. Jangan kita terlalu mementingkan diri sendiri.
  • Ambil Berat. Cubalah kita bertanya keadaan pasangan kita setiap hari sekali, samada dia sihat atau tidak, dia gembira atau tidak. Bukan salah pun kalau kita buat begitu.
  • Terima Seadanya. Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna sifatnya melainkan Nabi Jujungan Kita. Apa yang ada pada pasangan kita tu adalah yang terbaik. Diri kita pun tidak sempurna mana pun.
  • Ibu Bapa. Adalah baik untuk kita memberitahu siapa pasangan kita kat ibu bapa kita. Bukan nak suruh masuk meminang, cuma untuk pengetahuan ibu bapa kita. Dengan siapa kita berkawan, orang dari mana. Ada kebaikkan kita buat macam ni.

Dalam bercinta, kita kena beringat-ingat juga, jangan terlalu cinta. Pasti semua orang pernah merasa apakah tu cinta. Mungkin ada dikalangan anda yang tengah hangat bercinta, mungkin juga yang masih tercari-cari cintanya. Yang sedang bercinta atau yang mencari cinta, anda kena ingat bahawa cinta pada Maha Pencipta Kita adalah segalanya.

salam




no business without 腐敗 / fǔbài

assalamualaikum
"Kalau kau ada kawan-kawan yang buat bisnes sendiri dan income dia selalunya datang daripada tender kerajaan,besar kemungkinan perangai dia ada "pelik sikit."

Aku tak sure apa sebab tapi pada diorang,apa saja benda yang dilakukan dalam bisnes,untuk dapat untung besar,halal atau haram mesti tolak ke tepi.Main jahat,putar sikit,tipu sana,tipu sini dan selalunya...bisnesman ni langsung takde perasaan bersalah.Seolah-olah dia takde rasa malu bekal PC dekat Jabatan Kerajaan charge sampai RM7 ribu sebijik PC padahal harga PC tu RM1600.

Apa yang lebih memelikkan aku adalah golongan-golongan Melayu yang berbisnes dengan tender kerajaan dan menghalalkan apa saja cara yang diorang pakai nak cekau duit kerajaan dan bila ditanya kenapa dia buat macam tu,dia akan jawab...

"Ini duit kerajaan.Daripada bagi kat orang Cina dan orang Cina dapat tender,baik bagi orang Melayu,biarlah orang Melayu yang kaya."Kalau tanya lagi, jawapan dia mudah....."ini semua bisnes.." Bisnes apa macam tu?Itu bukan bisnes..tender kerajaan adalah satu amanah sebab kerajaan akan keluarkan duit cukai untuk bagi tender tu.

Duit yang kau sapu,duit yang kau overcharged kerajaan tu,itu semua duit orang ramai. Bisnes kepala jubor bapak kau.Aku pun nak "bisnes" macam tu.

Semua orang Melayu nak untung cepat dan besar.Bersih atau tidak tolak ke tepi.Habis,apa kerajaan nak buat?Kalau kompeni Cina boleh supply barang RM2000 sebijik dan kompeni Melayu supply barang RM6000 sebijik,last2 tender dapat kat kompeni Melayu jugak la.Apsal?Macam mana duit kerajaan nak cukup kalau orang Melayu sendiri yang duk merompak kutipan cukai kerajaan setiap tahun?Kerajaan takut hilang sokongan sebab kebanyakan supporter kerajaan adalah orang2 yang dapat benefit daripada tender ni.Balancing act yang sangat delicate diperlukan di situ,sebab tu lah tender2 tu masih lagi diberikan dekat kompeni2 overcharge ni.

Jadi,berbalik kepada persoalan asal tadi,kenapa orang Melayu makin korup?

Seorang pakcik berkopiah datang pejabat JKR hulur RM15 ribu nak pastikan tender projek dapat kat dia. Seorang bapa datang ke Pejabat Daerah mintak surat sokongan anak nak masuk sekolah asrama penuh,tangan ada RM1000 untuk dihulur.Jadi Imam Masjid pun boleh bergaduh sebab jadi Imam ada elaun sekarang ni.Dulu masa takde elaun,takde sapa2 nak jadi Imam kat Masjid.

Siapa tak nak duit instant tanpa perlu buat apa-apa kan?Bila ada permintaan,akan ada pembekal.Bila ada tangan yang hulur,pasti akan ada hati yang terbukak menerima.Asal untung,asal kaya,asal duit masuk,beres.Nak lagi cantik,balik rumah,semayang.Doa mintak ampun mintak maaf sebab makan rasuah. Solat tak pernah miss.Tapi korup jugak!Esok sapu lagi sepuluh ribu.

Mungkin dalam bisnes tidak ada langsung definisi "agama" itu.
Semua itu bisnes."

p/s: Post ni diambil daripada blog Cursing Malay : Terus Terang. Kalau nak baca lagi pasal post ni, klik Awkward Agama - Kenapa Bisnes Perlu Kelentong?. Aku nak kongsi post ni sebab aku rasa dunia kita terlalu penuh dengan corruption, tak kisah lah dengan goverment ke, pembangkang ke. Manusia ingin mendapatkan duit tanpa memikirkan samada caranya betul atau salah, yang penting duit tetap dapat. Aku bukan cakap kosong tapi aku sendiri pernah tengok dan lihat pasal ni.
salam


come on lah..

assalamualaikum

Hey guys. Harap semua berada dalam keadaan yang tenang. Pada yang tengah tension nak prepare untuk final exam atau FYP tu, relax ok. Kita kena tenang baru semua kerja berjalan dengan lancar. :) Ok, kali ni, aku nak cakap sikit pasal Perkara-Perkara Yang Aku Dengar Atau Nampak Yang Membuatkan Aku Cakap "Eh, come on lah...!".

  1. Aku selalu nampak dalam bas, ada sesetengah penumpang ni yang tengah berdiri sebab tak ada kerusi kosong, sangat lah malas nak gerak ke belakang bas sikit untuk beri ruang kepada penumpang-penumpang yang baru nak naik bas.
  2. Kalau orang ramai nak bayar barang-barang yang nak dibeli, mesti kita kena beratur kan. Tapi, kenapa lah sesetengah orang ni suka sangat nak potong barisan padahal orang lain elok je beratur nak bayar?
  3. Pasal bas lagi. Bas digunakan oleh macam-macam jenis orang. Kebanyakkan orang yang muda-muda ni berat buntut sangat nak beri kerusi kat golongan-golongan yang lagi tua dari kita untuk duduk.
  4. Aku tahu, ada lah sesetengah manusia memang kaya. Beli baju, kasut, seluar dan apa-apa lagi lah mesti lah mahal harganya. Lepas tu, nak bagi tahu semua orang pasal benda-benda yang kau dah beli.
  5. Orang yang baru masuk kerja memang lah slow sikit bila buat kerja. Banyak benda lagi dia kena belajar. Tapi perlu ke customer nak marah-marah orang yang baru ni?
  6. Trend sekarang ni, ramai sangat orang nak jadi popular sebab nanti bila pergi mana-mana je orang akan tegur, "eh, u ni ke yang dalam blablabla..". Macam-macam cara golongan ni buat untuk jadi popular, antaranya masuk program-program yang syok sendiri.
  7. Senyum itu kan satu sedekah. Tapi kenapa mesti orang salah paham bila kita senyum kat seseorang?
  8. Aku selalu nampak sesetengah orang ni susah sangat nak bertegur sapa dengan makcik-makcik atau pakcik-pakcik cleaner bangunan. (Bukan lah aku nak cakap yang jadi cleaner bangunan semuanya terdiri dari golongan-golongan tua, ada je yang golongan-golongan muda, tapi benda yang aku nak sampaikan pasal orang yang malas nak menegur tu.)
  9. Aku pernah dengar orang-orang ni menceritakan kesalahan yang pernah dilakukan. Ada yang dah insaf tu bagus lah, tapi yang tak sedar-sedar ni terus bangga dengan apa yang dia lakukan.
  10. Hairan aku dengan sesetengah orang yang menerima sesuatu bulat-bulat tanpa selidik benda tu betol-betol. Habis kau nak teriak kat semua orang yang kau je lah benar-benar belaka.
Apa yang aku dah sampaikan ni bukan lah nak menunjuk bagus, aku bukan lah manusia yang cukup sempurna, tapi aku rasa aku kena sampaikan. Perkara-perkara kat atas semua datang dari apa yang aku lihat dan dengar. Mungkin ada yang salah dan mungkin ada yang betol.

salam





i am single and lonely ?

assalamualaikum

Dah banyak benda berlaku dalam masa beberapa bulan ni.
Ada yang buat hati aku gembira dan juga sedih.
Mungkin semua ni adalah LUMRAH KEHIDUPAN, yang selalu dikatakan oleh orang.
Hidup mesti diteruskan juga walaupun betapa sukar untuk dilakukan.
Aku selalu berharap, satu hari nanti, semua kesusahan yang aku alami sekarang, akan dibayar dengan kesenangan pada masa akan datang.
Aku tidak akan mudah mengalah dengan ujian2 ni.
Sesiapa yang berada disekeliling aku merupakan penyokong-penyokong yang setia bersama aku.
TERIMA KASIH SEMUA



(Ayat-ayat ni hanyalah luahan rasa hati ni)


salam

oh god!

assalamualaikum
korang taw kan ape yang dah jadi malam 15 julai? hope korang taw lah..post ni bukan nak tunjuk pandai or what, just to give my opinion.. hope x ade yang marah, x suke, menyampah, sakit hati or *^&$ dengan post ni..mayb post ni agak sensitif bagi someone..


baru2 ni, government kite telah menaikkan/selaraskan harge barang2 ni:
1)petrol
2)gula
3)diesel
4)gas LPG

ade macam2 opinion bile government buat macam ni, ade yang menentang n ade yang menerima.. bagi aku, aku still boleh bersabar(ni opinion aku, hope xde yang bantah).. syukurlah sebab family aku mampu menerima semua ni, yang mampu2 tu boleh lah cakap, "ok!aku mampu".. tapi macam mane dengan family yang kurang mampu.. sedih bile aku fikirkan pasal diorang, aku duduk area kampung so aku taw macam mane life family2 yang susah ni.. kalo barang2 ni dah naik, for sure barang2 lain akan naik.. ape yang aku mampu buat untuk tolong diorang? jawapannye, aku mampu berdoa "moga tuhan permudahkan hidup mereka", amin.. bagi blogger2, ape pendapat korang bile harge barang2 naik?

p/s: mak ngan abah aku dah ade facebook lah.oh no!

salam


S.T.A.L.K.E.R

assalamualaikum

yeay! skali lagi, blog ni berjaya di update oleh tuan nye(bangge jap,huhu)..

stalker? nape aku letak title post ni stalker? adakah aku ni di'stalk' oleh someone or aku yg menye'stalk' org laen? haha,suspen x?(wat2 ayat syok sendiri,haha).. senaye xade pape pun.. just nak share story pasal stalker..

alkisah..aku n beberapa org member g lah ke salah sebuah universiti yg agak famous kat malaysia ni(name dirahsiakan atas keselamatan kitorg,huhu) sebab ade event yg menarik kat sane..bile dah abes event tu, kitorg pun kuar dgn beberapa org student U tu..tengah2 kitorg minum, de sorang ni(bukan member2 aku) bukak cter pasal satu org ni..die cakap,"kenal x dak yg name die 'ehem2' ?" aku cam kenal name tu tp heran nape die ty..so, aku jwb lah,"kenal2.nape dengan die?" die jawab lah,"ha,de kesah yg menarik pasal die" then die gelak cam orang jahat gelak(ni aku just tambah2 je,haha)..die ni story lah dari A sampai Z..berikut point2 penting pasal story yg die ni:-

>die ni student U.
>kenal n then suke kat sorang laki ni(student U tu gak tapi lain U lah).
>before ni pernah jatuh ati kat laki tu tp x dilayan(sedey).
>terus stalk laki ni(everything, dasat kan?).
>xpenah give up stalk laki ni.
>care die stalk laki tu memang xpenah difikir oleh stalker2 yg laen(betol ni, xtipu pun).

until now,xtaw lah ape yg dah jadi(mayb dah ok kot)..so,aku story ni bukan dipost utk jatuh kan aib org ke ape.tp just nak share2.ok lah.

salam





new life!!

assalamualaikum


lame btol aku xupdate blog ni..dah cm xde tuan je blog ni,haha..jap2 de post2 org laen, jap2 de post aku..bukan aku xnk meng update blog ni tp de somethin probe yg aku kene solve btol2..btw, thankz again kat sape2 yg komen kat post2 before ni..i really appreciate it!!

yeah!!im come back with my new life..new life??tu lah title utk post kali ni..mst korang nk taw pe maksud title ni ngan aku,huhu(iyeke??ntah2 aku yg perasan je,haha)..ok lah,aku explain lah..

before this, mayb around june..aku kene mcm2 probe lah..probe tu lah, probe ni lah..senang cter, probe yg de kaitan de kaitan dgn perasaan..ni mayb first time aku terpakse tanggung sume probe ni serentak..probe2 tu wat aku jd mcm bukan org lah..

side effects yg kene aku mase de probe2 tu:
>gelisah cam haram.
>tido aku yg slalu nye terlebih tu tp kali ni xcukop2.
>duk mngurung dlm blik je.
>rase cm nak bunuh diri je.
>always crying(hahaha,jgn gelak dowh..).

byk kan side effects yg aku kene..bab bunuh diri tu just dlm pemikiran je n tu xpatut di wat utk seorg muslim..ngat,haram taw!!even aku jd cm org gile mase tu, tp aku xpnh lah nk tnjuk kat org laen..just pretend to be epi person just like before kt depan family n fren.. :)

dlm blog ni gak, aku nak say thankz a lot kat my mama..i love u so much mama!!!die byk bg semangat kat aku..kepada cik miza,thankz so much ok!!kamu byk bg nasehat n pengajaran kat aku..kamu gak lah meringan kan beban yg aku tanggung mase tu..tanpa die,mmg lmbt aku nk kembali normal,hehe..n paling penting,aku syukur kat Allah sbb DIA lah,aku kembali tenang..

so,this blog akn slalu di update oleh aku,hehe..ok lah,papai.

salam

to:mr.afandi~nk kutuk ciket jerK..jgn mara

Kutuk cikit..tp dah alang2 org kasik kutuk..kutuk ke pangkal lengan lah..~weee

1.Lau malas2 xpyh la ad blog..pesan sama org tamau mls2..org rajen2 dia plak mls..adoiii..ni yg geram ni..(ngah hangin ni~aish..sabar2..mom pesan x ley marah2 nt cepat tue..dah la mmg dah tue dri kmu pun..sedar diri..muahaha)

2.Emo2 lah lagik..kn kna lempang kang...penat jer mo nasehat bnyak2 lau DEGIL n EMO nih..lalala~peace no war..

3.Stdy rerajin tauk..think 4 d future

buhbbbyyyyyeeee..

sweeT kan..lalala~

I like diz sentences....so00000 sweeetttttt..0uch~hulalala~

cinta yang mahaL itu..
tak perlu dilafazkan..
cinta yang agong itu..
adalah satu pengorbanan
tak ramai orang yang sanggup berkorban
terhadap orang yang dia cintai...

apa lagik..jom kita sama2 berkorban..hik2..

PAPE PON..

~HADAPI HARI INI DGN TABAH KERANA KITA XTAW HARI2 YG MNDATANG MCAM MANA DUGAAN NYE
~LIFE MUST GO ON..thINK 4 UR futuRe..okeyh!
~JGN BENCI SESAMA MANUSIA..MAAFKAN ORG..NT IDOP KTA CERIA..mcm sye..~HMS~

yG pENting::::.keep ur smile,sTaY kiut,be cooL..tamau hot2..euww..yerK!

edited:~HMS~

Think about it??is it true or not??

Benarkah cinta itu "nikmat"???
Sedangkan dalam percintaan itu ada "Kebohongan" paling jujur
dan "kejujuran" yang paling bohong........

betol or x ek..??Tp berdasarkan pngalaman ku..begitulah hakikatnya idup d dunia ini..
every person hv their opinion..So..fikir2lah
 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger