Followers

come on lah..

assalamualaikum

Hey guys. Harap semua berada dalam keadaan yang tenang. Pada yang tengah tension nak prepare untuk final exam atau FYP tu, relax ok. Kita kena tenang baru semua kerja berjalan dengan lancar. :) Ok, kali ni, aku nak cakap sikit pasal Perkara-Perkara Yang Aku Dengar Atau Nampak Yang Membuatkan Aku Cakap "Eh, come on lah...!".

  1. Aku selalu nampak dalam bas, ada sesetengah penumpang ni yang tengah berdiri sebab tak ada kerusi kosong, sangat lah malas nak gerak ke belakang bas sikit untuk beri ruang kepada penumpang-penumpang yang baru nak naik bas.
  2. Kalau orang ramai nak bayar barang-barang yang nak dibeli, mesti kita kena beratur kan. Tapi, kenapa lah sesetengah orang ni suka sangat nak potong barisan padahal orang lain elok je beratur nak bayar?
  3. Pasal bas lagi. Bas digunakan oleh macam-macam jenis orang. Kebanyakkan orang yang muda-muda ni berat buntut sangat nak beri kerusi kat golongan-golongan yang lagi tua dari kita untuk duduk.
  4. Aku tahu, ada lah sesetengah manusia memang kaya. Beli baju, kasut, seluar dan apa-apa lagi lah mesti lah mahal harganya. Lepas tu, nak bagi tahu semua orang pasal benda-benda yang kau dah beli.
  5. Orang yang baru masuk kerja memang lah slow sikit bila buat kerja. Banyak benda lagi dia kena belajar. Tapi perlu ke customer nak marah-marah orang yang baru ni?
  6. Trend sekarang ni, ramai sangat orang nak jadi popular sebab nanti bila pergi mana-mana je orang akan tegur, "eh, u ni ke yang dalam blablabla..". Macam-macam cara golongan ni buat untuk jadi popular, antaranya masuk program-program yang syok sendiri.
  7. Senyum itu kan satu sedekah. Tapi kenapa mesti orang salah paham bila kita senyum kat seseorang?
  8. Aku selalu nampak sesetengah orang ni susah sangat nak bertegur sapa dengan makcik-makcik atau pakcik-pakcik cleaner bangunan. (Bukan lah aku nak cakap yang jadi cleaner bangunan semuanya terdiri dari golongan-golongan tua, ada je yang golongan-golongan muda, tapi benda yang aku nak sampaikan pasal orang yang malas nak menegur tu.)
  9. Aku pernah dengar orang-orang ni menceritakan kesalahan yang pernah dilakukan. Ada yang dah insaf tu bagus lah, tapi yang tak sedar-sedar ni terus bangga dengan apa yang dia lakukan.
  10. Hairan aku dengan sesetengah orang yang menerima sesuatu bulat-bulat tanpa selidik benda tu betol-betol. Habis kau nak teriak kat semua orang yang kau je lah benar-benar belaka.
Apa yang aku dah sampaikan ni bukan lah nak menunjuk bagus, aku bukan lah manusia yang cukup sempurna, tapi aku rasa aku kena sampaikan. Perkara-perkara kat atas semua datang dari apa yang aku lihat dan dengar. Mungkin ada yang salah dan mungkin ada yang betol.

salam





7 comments:

AcanCapik said...

agree with u. sesetengah orang kita, malas nak cuba memahami situasi orang, tau nak ikut dia je. come on lah...

hehe, cambest je guna come on lah...

Suara Hati Ini.... said...

sokong..terutama 9 ngn 10..haha

Miss R said...

salam fendy.. lame x dr0p by here..

entry yg jujur.. ;)

i l0ike.. :)

Elmo enthusiast. said...

the 1st point and the 8th, setuju sangat !

fendy said...

acan: tq.betol, tapi cuma sesetengah je. boleh2, gunakan ayat tu tanpa was2. :D

wani: tq.haha.sokong bersebab ni? :p aku taw dah.

miss R: salam.tq sebab datang tengok blog ni. :)

izzah: terbaiklah,hehe.u,bila nak datang pulau ni? :D

Lyn Sery said...

aku paling setuju no 1.
memang geram bila sebenarnya bas tu boleh muat lagi tp sbb sikap kita yg malas dan selfish tu buat org lain susah.

fendy said...

lyn: memang selalu jadi.tak lah kenapa diorang sangat malas nak ke belakang sikit,huhu.

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger