Followers

Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

To all Harry Potter freaks..

assalamualaikum
Hey guys. Para Harry Potter freaks pasti sudah tahu apa yang akan terjadi kalau kita mengacungkan tongkat sihir sambil berseru, “Avada Kedavra!”. Atau jampi apa yang harus diucapkan kalau kita ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!”).


Tapi pernah terfikir tak, kalau J.K. Rowling, pencipta Harry Potter, ternyata tidak asal buat saja jampi-jampi Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang rata-ratanya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter.
  • Accio
    Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.
  • Avada Kedavra
    Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya mirip dengan ‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
  • Crucio
    Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyeksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyeksa’.
  • Expecto Patronum
    Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh menghalau Dementor. Lagi-lagi jampi ini diambil dari bahasa Latin yaitu ‘expecto’ yang ertinya ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.
  • Expelliarmus
    Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang ertinya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang ertinya ‘senjata.
  • Impedimenta
    ‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin ertinya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memlambatkan pergerakan musuh.
  • Lumos
    ‘Lumos’ ertinya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala nyalaan seperti lilin.
  • Rictusempra
    ‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang artinya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ ertinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus ketawa.
  • Sectumsempra
    Ini justeru kebalikan dari rictusempra. Efeknya bukan ketawa, tapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’ ertinya ‘melukai/mencederai’.
  • Stupefy
    Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi efeknya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggeris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.
  • Wingardium Leviosa
    Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang artinya sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang ertinya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang ertinya mengangkat/mengambil.
Bila dah tahu pasal maksud jampi yang dibaca dalam Harry Potter, rasa macam tak boleh nak sebut lagi. Sebab jampi-jampi yang ada memang benar-benar digunakan oleh ahli sihir. Apa pendapat anda?
salam

mind control? illuminati? occult symbolism? sinister sites?

assalamualaikum
Hey guys. Apa khabar semua? Harap korang semua sihat-sihat saja. Mesti korang dah fahamkan apa yang aku nak kongsi dalam post kali. Kalau yang tak faham tu, ni aku nak terangkan. KONSPIRASI Betul, memang aku nak kongsi pasal tu tapi bukan aku nak terangkan maksud konspirasi atau tunjukkan bukti-bukti berlakunya konspirasi. Aku cuma nak mencadangkan satu website yang aku rasa bagus untuk korang tengok.


THE VIGILANT CITIZEN


Ada beberapa perkara yang membuatkan aku suka pasal website ni. Antaranya:
  • Terdapat pelbagai artikel yang berkaitan konspirasi.
  • Setiap artikel yang dikeluarkan oleh penulis disertakan dengan bukti-bukti yang logik diterima akal.
  • Artikel-artikel yang ada bukan lah berkaitan dengan konspirasi bodoh semata-mata.
  • Terdapat forum yang aku selalu tengok untuk tahu info terbaru mengenai konspirasi dunia.
Untuk pengetahuan korang semua, aku bukan lah jenis yang menerima bulat-bulat tanpa berfikir. Baca dan sambil tu fikir bila korang baca artikel dalam website ni. Aku baca pasal konspirasi ni pun cuma untuk pengetahuan saja. Aku ada peringatan untuk siapa-siapa yang minat pasal konspirasi ni. SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI DUNIA ADALAH BUKAN KONSPIRASI SEMATA-MATA SEBAB SEMUA YANG BERLAKU ADALAH ATAS KETENTUAN ALLAH.

salam

no business without 腐敗 / fǔbài

assalamualaikum
"Kalau kau ada kawan-kawan yang buat bisnes sendiri dan income dia selalunya datang daripada tender kerajaan,besar kemungkinan perangai dia ada "pelik sikit."

Aku tak sure apa sebab tapi pada diorang,apa saja benda yang dilakukan dalam bisnes,untuk dapat untung besar,halal atau haram mesti tolak ke tepi.Main jahat,putar sikit,tipu sana,tipu sini dan selalunya...bisnesman ni langsung takde perasaan bersalah.Seolah-olah dia takde rasa malu bekal PC dekat Jabatan Kerajaan charge sampai RM7 ribu sebijik PC padahal harga PC tu RM1600.

Apa yang lebih memelikkan aku adalah golongan-golongan Melayu yang berbisnes dengan tender kerajaan dan menghalalkan apa saja cara yang diorang pakai nak cekau duit kerajaan dan bila ditanya kenapa dia buat macam tu,dia akan jawab...

"Ini duit kerajaan.Daripada bagi kat orang Cina dan orang Cina dapat tender,baik bagi orang Melayu,biarlah orang Melayu yang kaya."Kalau tanya lagi, jawapan dia mudah....."ini semua bisnes.." Bisnes apa macam tu?Itu bukan bisnes..tender kerajaan adalah satu amanah sebab kerajaan akan keluarkan duit cukai untuk bagi tender tu.

Duit yang kau sapu,duit yang kau overcharged kerajaan tu,itu semua duit orang ramai. Bisnes kepala jubor bapak kau.Aku pun nak "bisnes" macam tu.

Semua orang Melayu nak untung cepat dan besar.Bersih atau tidak tolak ke tepi.Habis,apa kerajaan nak buat?Kalau kompeni Cina boleh supply barang RM2000 sebijik dan kompeni Melayu supply barang RM6000 sebijik,last2 tender dapat kat kompeni Melayu jugak la.Apsal?Macam mana duit kerajaan nak cukup kalau orang Melayu sendiri yang duk merompak kutipan cukai kerajaan setiap tahun?Kerajaan takut hilang sokongan sebab kebanyakan supporter kerajaan adalah orang2 yang dapat benefit daripada tender ni.Balancing act yang sangat delicate diperlukan di situ,sebab tu lah tender2 tu masih lagi diberikan dekat kompeni2 overcharge ni.

Jadi,berbalik kepada persoalan asal tadi,kenapa orang Melayu makin korup?

Seorang pakcik berkopiah datang pejabat JKR hulur RM15 ribu nak pastikan tender projek dapat kat dia. Seorang bapa datang ke Pejabat Daerah mintak surat sokongan anak nak masuk sekolah asrama penuh,tangan ada RM1000 untuk dihulur.Jadi Imam Masjid pun boleh bergaduh sebab jadi Imam ada elaun sekarang ni.Dulu masa takde elaun,takde sapa2 nak jadi Imam kat Masjid.

Siapa tak nak duit instant tanpa perlu buat apa-apa kan?Bila ada permintaan,akan ada pembekal.Bila ada tangan yang hulur,pasti akan ada hati yang terbukak menerima.Asal untung,asal kaya,asal duit masuk,beres.Nak lagi cantik,balik rumah,semayang.Doa mintak ampun mintak maaf sebab makan rasuah. Solat tak pernah miss.Tapi korup jugak!Esok sapu lagi sepuluh ribu.

Mungkin dalam bisnes tidak ada langsung definisi "agama" itu.
Semua itu bisnes."

p/s: Post ni diambil daripada blog Cursing Malay : Terus Terang. Kalau nak baca lagi pasal post ni, klik Awkward Agama - Kenapa Bisnes Perlu Kelentong?. Aku nak kongsi post ni sebab aku rasa dunia kita terlalu penuh dengan corruption, tak kisah lah dengan goverment ke, pembangkang ke. Manusia ingin mendapatkan duit tanpa memikirkan samada caranya betul atau salah, yang penting duit tetap dapat. Aku bukan cakap kosong tapi aku sendiri pernah tengok dan lihat pasal ni.
salam


what?!

assalamualaikum

Hey guys. Apa khabar semua? Harap semua sihat, gembira, senang hati, cool, kenyang (?) dan lain-lain lagi. Aku sekarang tengah busy dengan final year project aku yang tak siap-siap lagi, adoi, tapi masih giat mem'blog'kan diri,haha. Aku nak stop dulu post untuk sambungan haunted house at seksyen 2 shah alam - part 1. Dalam post kali ni, aku nak meng'list'kan apa-apa saja yang telah berlaku yang membuat aku terfikir "biar betul?".

  1. Kenaikan lagi harga minyak RON 97.
  2. Malaysia berhasrat untuk membina loji pemprosesan nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Pahang.
  3. America nak membantu rakyat-rakyat Libya untuk dibebaskan dari pemerintahan Muammar Gaddafi.
  4. Pengharaman tarian poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
  5. Jepun menafikan logi nuklear di Fukushima meletup setelah berlakunya gempa bumi dan tsunami yang teruk.
Macam-macam yang dah berlaku sekarang. Bukan di negara kita saja, tapi melibatkan seluruh dunia. Ada banyak lagi yang aku nak 'list'kan tapi rasa cuma ni yang sesuai untuk di beritahu.

salam


 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger