Followers

what happens in Malaysia?

assalamualaikum
Hey guys. Kalau anda merupakan rakyat Malaysia, pasti anda semua tahu apa-apa yang berlaku sekarang kat Malaysia. Iyalahkan, takkan tak ambil tahu lansung apa yang tengah berlaku kat negara sendiri. Kalau anda semua memang prihatin, mesti anda perasaan macam-macam isu yang telah berlaku kat negara kita ni. Isu tu lah, isu ni lah, memang terlalu banyak isu. Dulu aku taklah rasa seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam post kali ni, aku nak senaraikan isu-isu hangat / hot topics yang berkaitan dengan Malaysia.


1. Media massa yang utama penuh dengan perkara-perkara lucah.
Aku tak tahulah kenapa boleh jadi macam ni. Sepatutnya media massa perlu digunakan dengan betul. Perkara-perkara yang disampaikan oleh media massa mestilah satu perkara yang berguna, bukan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat. Kalaulah dah semuanya lucah, apa lagi rakyat nak tengok atau baca. Jangan terlalu mencari keuntungan semata-mata atau nak dapat pembaca yang ramai supaya mereka akan terus membeli. Cubalah beri sesuatu yang berguna untuk rakyat. Tambahan, media massa jangan lah nak tipu dan memperbodohkan rakyat.


2. Tenaga nuklear di Gebeng, Pahang.
Orang-orang Pahang mesti tahu sangat pasal isu ni. Syarikat Lynas Corporation Ltd. (Lynas) dari Australia ingin membina sebuah kilang memproses bahan kimia yang menggunakan bahan nuklear. Pembinaan kilang tersebut mendapat bantahan dari rakyat. Mula-mula bila aku baca pasal pembinaan kilang ni, aku rasa macam idea yang bagus. Tapi bila kajian dibuat, aku rasa nak bantah pula. Aku bukan pro kerajaan atau pembangkang, aku cuma rasa macam tak patut kilang tu dibina kat Malaysia. Ada banyak sebab kenapa tak patut bina, antaranya ialah kawasan yang tidak sesuai dan kesan radiasi yang mungkin boleh memberi keburukkan. Aku pun hairan kenapalah company tu bina kilang kat negara sendiri?

3. 1Malaysia email.
1Malaysia email akan diberikan untuk semua rakyat. Agak-agaklah, adakah rakyat memilih email buatan Malaysia atau email provider macam gmail,yahoo mail dan hotmail. Aku rasa semua orang akan pilih selain 1Malaysia. Bukan apa, aku rasa macam membazir pula bila keluarkan belanja yang banyak untuk buat 1Malaysia email ni. Baik gunakan duit yang ada untuk hal kebajikan rakyat. Memanglah email ni untuk rakyat, tapi gunakan mana yang lebih penting. Kalau aku lah, aku lagi yakin dekat email provider yang sedia ada. Ni kang, kalau guna 1Malaysia email, habis hilang privasi kita sebab kita belum tentu 1Malaysia betul2 selamat atau tak.

4. Banyak kes-kes pembunuhan.
Isu ni mungkin berlaku juga di negara-negara yang lain tapi aku cuma fokus Malaysia. Bila baca berita dalam internet, mesti ada berita tentang pembunuhan. Hampir setiap hari ada je kes-kes macam tu. Apa yang dah jadi dengan Malaysia? Perompak merompak rumah, lepas tu bunuh tuan rumah. Penyamun menyamun orang, lepas tu bunuh. Perogol merogol perempuan, lepas tu bunuh perempuan tu. Kejam sangat dah manusia yang ada sekarang sampai hilang identiti seorang manusia. Bila fikirkan balik, aku risau bila aku dah kahwin nanti, anak2 dan isteri aku mungkin akan terdedah dengan perkara2 yang bahaya macam ni.

salam

8 comments:

Anonymous said...

email satu malaysia amat2 x setuju
bkn wang yg jadi soalnya..
apa motif nak bagi maklumat segala aktiviti kerajaan kpd rakyat??
tv,radio nk buat apa??simpan buat muzium ek!!

Esempoi said...

macam2 la malaysia ni
harap bertambah aman lepas ni

nini_uniey said...

me too xsetuju ngan email 1malaysia.. huhu.. ntah hap2 je.. duit tu leh wat utk bnyk benda berpekdah lagi...bkn nk kata xberpekdah lgsung... tp.. byk lagi bnda len yg lbh tggi prioritinye

Obat Sakit 2011 said...

semoga akan aman-aman saja gan

Anonymous said...

maca2x hal skang ni berlaku...

fendy said...

berita sengsasi: erm,betul juga tu.apa guna medium penyampaian yang lain.harap2 projek 1malaysia tak menjadi.

esempoi: harap2 begitulah.risau dengan masa akan datang.

auni: betul2.ada prioriti lain yang lagi penting.banyak perkara yang perlu dipandang penting.

obat sakit 2011: harap2 gitu jua mas.

chara: betul.harap keadaan kembali aman.

Unknown said...

pelik-pelik sungguh,,,

dah tak da benda lain nak buat gamaknya

fendy said...

serikandi umar: saya pun tak tahu nak kata apa.harap kembali aman dan baik.

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger