Followers

police report filed against gay med student or ariff and his partner

The police have been urged to investigate gay medical student Ariff who reportedly married an Irish man over the weekend.
The report was filed by Muslim NGO, Kepong Islamic Youth Organisation (PBIK), with the Sentul police headquarters here this morning.
“We are making the police report in the name of the Malays against a Malay youth who disgraced the name of our country, religion and race.
“We want to pressure the Higher Education Ministry and government-linked companies which sponsors students for education abroad to ensure that the students’ Malayness and Islamic identity are strong,” said PBIK chairman Norizan Ali.


Ariff, 28, who was studying in the University College Dublin was initially reported to be missing. He is a former Petronas scholarship recipient.
(link)

p/s: moga Allah memberi petunjuk ke arah jalan yang benar kepada beliau. amin.

muka kau buruk, teruk, busuk dan macam-macam lagi

assalamualaikum
Hi guys. Dalam post kali ini, aku nak bercakap mengenai persepsi manusia terhadap manusia. Jika manusia itu tidak mencapai satu tahap standard, ia dianggap tidak menarik. Memang dasyat bila manusia menilai manusia lain. Orang zaman sekarang ni, kalau dia nampak orang lain yang kurang menarik, dia mulalah memberi tanggapan yang negatif. Sebagai contoh:
  • Dia nampak tak cantiklah!
  • Dia nampak lansung tak handsome pun!
  • Adoi, kurusnya badan dia ni, macam batang lidi dah aku tengok dia!
  • Gelap macam warna arang dah aku tengok kulit dia ni!
  • Bapak gemuk badan dia tu, macam belon dah!
Dunia zaman sekarang telah menghasilkan satu 'benchmark' untuk menilai manusia. Kalau manusia itu berkulit putih, dia memang menarik orangnya. Kalau manusia itu berbadan tegap, dia memang handsome lah. Kalau badan dia 30-40-30, dia memang mantap sangat. 

Eh, come on lah. Jangan kita nak guna 'benchmark' ini. Kita tiada hak nak menilai seseorang itu sama ada dia cantik atau buruk. Setiap yang ada pada seseorang manusia itu adalah cantik atau handsome. Semua yang dicipta oleh Allah itu memang dah cukup sempurna.




salam

Allah lebih mengasihinya

Rokiah binti Nahir

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 30.11.2011. 
Semoga roh beliau akan berada di kalangan orang-orang yang beriman.
Segala kenangan yang tercipta tidak akan aku lupakan, segala kebaikkan yang telah beliau lakukan untuk aku dan juga keluarga tidak akan aku sia-siakan, segala pengajaran yang beliau ajari aku dan adik beradik aku akan aku gunakan pada masa hadapan.

Nenek, terima kasih dan berbahagialah engkau di sana.

buncit, boroi, perut ke depan dan sebagainya

assalamualaikum
Hi guys. Kali ini aku nak buat post berkaitan dengan buncit @ boroi. Dulu-dulu, kalau bercakap pasal buncit, memang kaum lelaki yang kenalah. Tetapi sekarang tidak lagi, perempuan pun ada yang mengalami masalah yang sama. Aku pun juga ada lah sikit-sikit buncit tu tapi boleh cover lagi lah. :p


Daripada kajian yang aku buat pasal buncit ini, ada beberapa cara untuk mengawal atau mengurangkan masalah buncit ini.
  1. Pastikan anda bersarapan pada setiap pagi.
  2. Luangkan sedikit masa untuk bersenam.
  3. Banyakkan pengambilan serat (buah-buahan) yang tepat.
  4. Mempunyai masa tidur yang mencukupi.
  5. Cuba jauhi sebarang tekanan.
  6. Banyakkan minum air.
Bagi yang tengah buncit tu, janganlah korang rasa sedih. Masih ada cara untuk menyelamatkan korang dari terus menjadi boroi tapi kenalah usaha sikit. Kalau setakat cakap je, memang sampai ke sudah korang tetap perut jalan ke depan.
salam


that's my boy

assalamualaikum

OMG!
Blogspot sudah berubah muka. Ini memang sangat baguslah. Teruja aku tengok blogspot sekarang ini, rasa macam lagi smooth je. Tak ada yang complicated macam dulu ok. Ini memang akan menyenangkan semua blogger.


Sila abaikan berapa pageview untuk blog aku. :p

Eh, lupa nak tanya, apa khabar korang semua, sihat? Harap-harap korang sihat belaka dan ceria selalu. Dan tak lupa untuk yang beragama Islam, selamat menyambut Awal Muharram untuk semua.

salam
sponsored by glitter2u.blogspot.com

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger