Followers

muka kau buruk, teruk, busuk dan macam-macam lagi

assalamualaikum
Hi guys. Dalam post kali ini, aku nak bercakap mengenai persepsi manusia terhadap manusia. Jika manusia itu tidak mencapai satu tahap standard, ia dianggap tidak menarik. Memang dasyat bila manusia menilai manusia lain. Orang zaman sekarang ni, kalau dia nampak orang lain yang kurang menarik, dia mulalah memberi tanggapan yang negatif. Sebagai contoh:
  • Dia nampak tak cantiklah!
  • Dia nampak lansung tak handsome pun!
  • Adoi, kurusnya badan dia ni, macam batang lidi dah aku tengok dia!
  • Gelap macam warna arang dah aku tengok kulit dia ni!
  • Bapak gemuk badan dia tu, macam belon dah!
Dunia zaman sekarang telah menghasilkan satu 'benchmark' untuk menilai manusia. Kalau manusia itu berkulit putih, dia memang menarik orangnya. Kalau manusia itu berbadan tegap, dia memang handsome lah. Kalau badan dia 30-40-30, dia memang mantap sangat. 

Eh, come on lah. Jangan kita nak guna 'benchmark' ini. Kita tiada hak nak menilai seseorang itu sama ada dia cantik atau buruk. Setiap yang ada pada seseorang manusia itu adalah cantik atau handsome. Semua yang dicipta oleh Allah itu memang dah cukup sempurna.




salam

Allah lebih mengasihinya

Rokiah binti Nahir

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 30.11.2011. 
Semoga roh beliau akan berada di kalangan orang-orang yang beriman.
Segala kenangan yang tercipta tidak akan aku lupakan, segala kebaikkan yang telah beliau lakukan untuk aku dan juga keluarga tidak akan aku sia-siakan, segala pengajaran yang beliau ajari aku dan adik beradik aku akan aku gunakan pada masa hadapan.

Nenek, terima kasih dan berbahagialah engkau di sana.

buncit, boroi, perut ke depan dan sebagainya

assalamualaikum
Hi guys. Kali ini aku nak buat post berkaitan dengan buncit @ boroi. Dulu-dulu, kalau bercakap pasal buncit, memang kaum lelaki yang kenalah. Tetapi sekarang tidak lagi, perempuan pun ada yang mengalami masalah yang sama. Aku pun juga ada lah sikit-sikit buncit tu tapi boleh cover lagi lah. :p


Daripada kajian yang aku buat pasal buncit ini, ada beberapa cara untuk mengawal atau mengurangkan masalah buncit ini.
  1. Pastikan anda bersarapan pada setiap pagi.
  2. Luangkan sedikit masa untuk bersenam.
  3. Banyakkan pengambilan serat (buah-buahan) yang tepat.
  4. Mempunyai masa tidur yang mencukupi.
  5. Cuba jauhi sebarang tekanan.
  6. Banyakkan minum air.
Bagi yang tengah buncit tu, janganlah korang rasa sedih. Masih ada cara untuk menyelamatkan korang dari terus menjadi boroi tapi kenalah usaha sikit. Kalau setakat cakap je, memang sampai ke sudah korang tetap perut jalan ke depan.
salam


that's my boy

assalamualaikum

OMG!
Blogspot sudah berubah muka. Ini memang sangat baguslah. Teruja aku tengok blogspot sekarang ini, rasa macam lagi smooth je. Tak ada yang complicated macam dulu ok. Ini memang akan menyenangkan semua blogger.


Sila abaikan berapa pageview untuk blog aku. :p

Eh, lupa nak tanya, apa khabar korang semua, sihat? Harap-harap korang sihat belaka dan ceria selalu. Dan tak lupa untuk yang beragama Islam, selamat menyambut Awal Muharram untuk semua.

salam
sponsored by glitter2u.blogspot.com

Pengamal Ilmu Pukau Memukau Mangsa Pukau

assalamualaikum
Hey guys. Aku sekarang mengalami tahap kemalasan yang sangat tinggi. Bila nak mula study, mata dah mula tutup separuh dah, rasa badan lemah nak baring atas katil, rasa macam banyak masa lagi nak study padahal lagi 2 hari nak exam. Macam-macam rasalah bila nak study tu. Tapi yang peliknya, ada pula semangat nak membuat post baru untuk blog. Nampak semuanya alasan sajekan tadi,huhu.

Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal kes pukau-memukau yang berlaku di tempat aku. Kisahnya sebegini,

roomate: Weh, ko nak taw x? Ada kes orang kene pukau kat tempat kite ni.

aku: Biar betul ko? Jangan buat2 cerite je ko ni. Xade plak aku dengar kes camtu.

roomate: Ade weh. Kawan aku cerita kat aku tadi. Die cakap, kes pukau-memukau terjadi kat blok belakang. Blok kite pun ade yang dah kene.

aku: OMG! Pukau camne weh? Pukau nak curi barang ke?

roomate: Memanglah orang tu pukau nak curi barang, xkan lah nak bagi barang plak.

aku: Celake ko, loye buruk plak dengan aku. Cit!

roomate: Haha! Orang pukau tu start pukau time pagi2 macam dalm pukul 7-8am. Mase orang lain ngah syok tidor. Die akan ketuk pintu sampai tuan bilik jage. Kalo xjage gak, die akan terus ketuk kuat2 sampai tuan bilik bukak pintu. Mestilah tuan bilik tu ngah mamai2 bile bukak pintu tu. Ha! mase tu lah die start gune ilmu pukau die.

aku: Gilos awal orang pukau tu bangun tidor. Iyerlah, nak pergi bilik orang awal2 pagi mesti kene bangun awal.

roomate: Ai, ko pun loye buruk gak kan?

aku: Haha! Relax2, ceciter ceciter lagi.
Xkan jiran xperasan bile orang pukau tu ketuk pintu kuat2?

roomate: Tu lah pasal. Bile diorang tanye jiran, jiran cakap xdengar ape2 pun. Tu yang jadi pelik sikit. Tuan bilik je dengar pintu yang diketuk kuat tu. Lepas die dah pukau dan curi barang2 cam laptop ke handphone ke, orang pukau tu mesti tinggalkan tanda cam die akan tinggalkan selipar ke ape.

aku: Iyeke? Bahaya ni.


Begitulah secara ringkasnya cerita pasal kes pukau-memukau ni. Bila aku dah tahu pasal kes ni, terus aku dan roomate hati-hati bila pagi. Memang aku risau sangat bila ada orang datang pagi-pagi. Pernah sekali ada orang datang bilik aku, ketuk pintu bilik aku banyak kali. Aku dah risau dah, sebelum buka pintu, baca doa macam-macam takut orang pukau datang ke apa. Rupa-rupanya jiran aku datang. Cis! buat cuak je lebih. Berkenaan dengan tinggal tanda lepas pukau tu memang aku pernah dengar, sebab ada kes rompak rumah guna ilmu pukau, lepas perompak tu merompak, mesti dia akan tinggalkan beras putih ke, apa-apa saja tanda. Persoaalan yang aku terfikir sekarang, perlukah menggunakan ilmu pukau untuk mencuri barang jika masih ada tenaga yang cukup mencari duit untuk mendapatkan barang yang halal?

salam


 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger