Followers

seoul garden

assalamualaikum
Hey guys. Pernahkah anda mendengar tentang SEOUL GARDEN? Kalau yang pernah tu oklah, tapi yang tak pernah tu aku nak bagi tahu ni. SEOUL GARDEN bukanlah suatu nama tempat yang terdapat di Korea, bukanlah nama drama korea, bukanlah tajuk lagu korea TETAPI ia merupakan tempat untuk makan,yehaa! Tempat yang sangat sesuai untuk para penggemar makanan laut/seafood. Pada anda semua yang berminat untuk mencuba makan di SEOUL GARDEN, anda boleh pergi ke Mahkota Parade (Melaka), Gurney Mall (Penang), IOI Mall (Selangor) dan 1 Utama Shopping Centre (Selangor).

Apa yang menarik bila aku makan kat SEOUL GARDEN ni:
  • Boleh makan dengan banyak sebab diorang mengamalkan cara buffet.
  • Boleh mencuba makanan Korea seperti kimchi.
  • Pelbagai jenis makan laut/seafood yang sedap disediakan.
  • Boleh merasai masak dalam satu tempat bakar yang akan disediakan di setiap meja makan.
  • Western food, abc, cendol, aiskrim, dan pelbagai jenis air gas turut disediakan.
  • Harga agak berpatutan dan berbaloi.
  • Sesuai juga nak bawa satu famili untuk makan.
  • Boleh tambah makan tak ingat dunia,hehe.
Apa lagi anda semua, cuba lah. Tak rugi pun ok. Aku akan makan di sana esok. Tu sebab nak buat post pasal SEOUL GARDEN,haha.

salam



are you in love?

assalamualaikum
Hey guys. What is love? Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal cinta. Tak pernah rasanya buat post pasal cinta ni,hehe. Banyak makna yang boleh diungkapkan bila kita cakap pasal cinta. Tiada maksud yang tepat untuk kita rungkai apakah sebenarnya tu cinta. Cinta itu indah, cinta itu penuh dengan kebahagiaan tapi adakah tu semua memberi maksud kepada cinta? No matter how you define it or feel it, love is the eternal truth in the history of mankind.

Aku pernah beberapa kali bercinta tapi tiada penghujung yang seperti aku mahukan. Mungkin aku belum bertemu jodoh aku yang sebenar-benarnya. Jadi, pengalaman tu semua aku nak kongsikan dalam post kali ni. Sebelum tu, apa yang aku sampaikan adalah berdasar kepada pengalaman aku saja.
  • Kejujuran dan Kepercayaan. Jangan sesekali mula menipu sebab lama kelamaan anda akan terus melakukannya. Ni kerana bila dah selalu buat, menipu akan menjadi perkara biasa dan mulalah tidak jujur pada pasangan anda. Begitu juga kepercayaan, jagalah dengan kepercayaan yang telah diberi oleh pasangan kita.
  • Ikhlas. Bila melakukan sesuatu untuk pasangan anda, perlu ditetapkan dalam hati bahawa kita buat adalah ikhlas dan tiada niat lain. Keikhlasan kita akan dibalas baik.
  • Terus Terang. Jika ada ketidakpuasan hati atau marah dengan sesuatu perkara, terus terang saja. Cara baik untuk terus terang adalah dengan gaya cakap yang baik dan nada yang rendah. Jangan kita melenting marah kat pasangan kita.
  • Adil. Bila kita bercinta, ia melibatkan dua belah pihak. Kedua-dua belah pihak perlu menjaga hati masing2 dan pasangan kita. Jangan kita terlalu mementingkan diri sendiri.
  • Ambil Berat. Cubalah kita bertanya keadaan pasangan kita setiap hari sekali, samada dia sihat atau tidak, dia gembira atau tidak. Bukan salah pun kalau kita buat begitu.
  • Terima Seadanya. Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna sifatnya melainkan Nabi Jujungan Kita. Apa yang ada pada pasangan kita tu adalah yang terbaik. Diri kita pun tidak sempurna mana pun.
  • Ibu Bapa. Adalah baik untuk kita memberitahu siapa pasangan kita kat ibu bapa kita. Bukan nak suruh masuk meminang, cuma untuk pengetahuan ibu bapa kita. Dengan siapa kita berkawan, orang dari mana. Ada kebaikkan kita buat macam ni.

Dalam bercinta, kita kena beringat-ingat juga, jangan terlalu cinta. Pasti semua orang pernah merasa apakah tu cinta. Mungkin ada dikalangan anda yang tengah hangat bercinta, mungkin juga yang masih tercari-cari cintanya. Yang sedang bercinta atau yang mencari cinta, anda kena ingat bahawa cinta pada Maha Pencipta Kita adalah segalanya.

salam




cool tricks to try

assalamualaikum
Hey guys. Anda mesti pernah main tricks? Ada trick yang nak kenakan kawan dan ada trick yang nak buat kawan jadi bangga dengan anda,huhu. Oleh sebab tu, aku nak tunjuk sikit trick yang mungkin anda boleh belajar. Tak susah mana pun, cuma kena ikut setiap langkah yang aku tunjukkan ni. Dalam post ni, aku nak tunjuk 3 tricks.

Google Trick
Dalam google trick ni, aku nak ajar trick macam mana nak buat magik dengan google tapi rasanya tak guna google sangat pun. Ok, ikut langkah-langkah ni.
  1. Hidupkan komputer dan terhubung ke internet.
  2. Buka link ini. Di sini, anda akan melihat laman web yang kelihatan seperti Google.
  3. Klik di mana-mana dalam ruang, kosong putih dan setelah sekitar tiga saat menggosok tangan anda atau pertama anda dua jari pada paparan benar-benar meliputi o dua tentang google.
  4. Lepaskan tangan anda selepas kira-kira dua saat lagi dan O dua itu akan pergi dan akan kelihatan seperti 'G,_,_,g,l,e'.
  5. Klik lagi di mana anda diklik sebelum dan selepas sekitar tiga saat menggosok tangan anda atau pertama anda dua jari pada paparan benar-benar meliputi tempat di mana o dua itu adalah untuk sekitar dua saat. O dua akan muncul kembali.
  6. Klik di mana-mana lagi dan anda akan diarahkan ke Google kembali.

Yahoo Messenger Trick
Dalam yahoo messenger trick ni, aku nak tunjukkan trick untuk mengetahui samada kawan anda benar-benar offline mode atau cuma invicible mode. Cuma ikut langkah2-langkah dibawah.
  1. Buka chat tetingkap pada orang yang ingin anda periksa dengan cara klik pada nama tu.
  2. Klik IMvironment, pilih “See all IMVironments”, pilih “Interactive Fun” kemudian klik pada Doodle.
  3. Hantar kepada kawan anda pesanan ringkas sehingga chat tetingkap akan ter'load'. Jika anda tidak melakukan ini Doodle tidak akan men'load' dan kita tidak tahu samada dia offline mode atau invincible mod. Jika kawan anda memang dalam offline mode, IMvironment Doodle tidak akan men'load'kan dan hanya menunjukkan seperti gambar dibawah.
  4. Jika kawan anda dalam invincible mode, jadi load Doodle akan segera anda harus mendapatkan halaman kosong seperti gambar di bawah.
  5. Setelah melakukan langkah-langkah diatas ... mungkin kawan anda tu akan segera menutup chat tetingkap dan anda akan melihat mesej yang tepat seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah.

Keyboard Trick (Firefox)

Keyboard trick ni mungkin pernah anda buat tapi aku akan tunjukkan trick yang kita kurang tahu. Tapi trick hanya untuk Firefox.
  • [Ctrl] + [1] to [9] – jump to tab numbers 1 to 8 or last tab (9).
  • [Ctrl] + [Tab] or [Ctrl] + [SHIFT] + [Tab] – move up/right or down/left in tabs.
  • [/] or ['] – Find As You Type Text or Link.
  • [Ctrl] + [F4] – close tab.
  • [alt] + [F4] – close window.
  • [Ctrl] + [SHIFT] + [T] – open closed tab/s.
  • [Spacebar] or [SHIFT] + [Spacebar] – scroll PageDown or PageUp.
Harap anda semua cuba tricks ni.
salam


mind control? illuminati? occult symbolism? sinister sites?

assalamualaikum
Hey guys. Apa khabar semua? Harap korang semua sihat-sihat saja. Mesti korang dah fahamkan apa yang aku nak kongsi dalam post kali. Kalau yang tak faham tu, ni aku nak terangkan. KONSPIRASI Betul, memang aku nak kongsi pasal tu tapi bukan aku nak terangkan maksud konspirasi atau tunjukkan bukti-bukti berlakunya konspirasi. Aku cuma nak mencadangkan satu website yang aku rasa bagus untuk korang tengok.


THE VIGILANT CITIZEN


Ada beberapa perkara yang membuatkan aku suka pasal website ni. Antaranya:
  • Terdapat pelbagai artikel yang berkaitan konspirasi.
  • Setiap artikel yang dikeluarkan oleh penulis disertakan dengan bukti-bukti yang logik diterima akal.
  • Artikel-artikel yang ada bukan lah berkaitan dengan konspirasi bodoh semata-mata.
  • Terdapat forum yang aku selalu tengok untuk tahu info terbaru mengenai konspirasi dunia.
Untuk pengetahuan korang semua, aku bukan lah jenis yang menerima bulat-bulat tanpa berfikir. Baca dan sambil tu fikir bila korang baca artikel dalam website ni. Aku baca pasal konspirasi ni pun cuma untuk pengetahuan saja. Aku ada peringatan untuk siapa-siapa yang minat pasal konspirasi ni. SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI DUNIA ADALAH BUKAN KONSPIRASI SEMATA-MATA SEBAB SEMUA YANG BERLAKU ADALAH ATAS KETENTUAN ALLAH.

salam

10 facts about MALAYSIA you don't want to know

assalamualaikum
Hey guys. When we talk about the facts, it will describe something that is true. There is a funny fact, there is a strange fact, and others. In this post, I want to share facts related to Malaysia. Facts relating to Malaysia can be divided into two types: the known facts and the facts did not want to know . If you read the title of this post, you'll know which one kind of facts that I will share.

10 facts about Malaysia you don't want to know:
  1. Do you know that 'TUN' is the most senior federal title and there can be no more than 25 living recipients at any one time. (That’s great achievement Tun Mahathir!)
  2. Malaysia has 65,877 km of highway. This is more than the Earth's circumference of 40,075 km. (OMG!)
  3. Do you know what is the best jet fighter in the world? Of course not Malaysia’s Sukhoi 30-MKM, but F-22 Raptor by Lockheed Martin. Their jet not only can outfly and outrun any other plane in the world, this plane can do so while remaining virtually unseen!
  4. Never ask a Malaysian how is his business or studies. Standard response: "OK la." Immediately, switch to you and asks " So, I see u put on weight. Good lah u!."
  5. Malaysians only call themselves Malaysians when they are outside the country, otherwise they call themselves Chinese, Indians, Malays & 'dan lain-lain'.
  6. We bought 12 Eurocopters for RM2.317 billion, while Brazil bought the same 50 units of Eurocopter, for US$1.2 billion (RM4.14 billion). Please do the calculation.
  7. Most of the Malay people love to read Metro, Mastika, URTV, Mangga, while Non-Malays love to read The Edge, Personal Money, The Malaysian Reserve.
  8. Proton is a national car company that we should protect and help them. That’s why here we have to pay RM 66,799.97 for Proton Waja, while at Saudi they can get Proton Waja for only RM35,673. (I heart Proton!)
  9. Malaysian people are funny because we bought 2 submarines (Scorpene) for 3.4 billions ringgit, and it cannot even dive! But it’s okay, it can be turn to be ‘sampan’.
  10. Malaysian people are very kind where now everyone wants to become a beggar because it’s so easy to ask people for money.
I know there will be those who are not satisfied when reading this post. It is up to you to like or dislike. I am just telling the facts right.

p/s: malaysia boleh!!
salam


 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger