Followers

what kind of website would you like to see on the internet?

Hey guys, I just created a poll. The reason is I want to know what kind of website that make you all interest to see. I hope you all can spend a little time to answer that poll. You all can see the poll on right side of my blog. Thank you.

--->

no business without 腐敗 / fǔbài

assalamualaikum
"Kalau kau ada kawan-kawan yang buat bisnes sendiri dan income dia selalunya datang daripada tender kerajaan,besar kemungkinan perangai dia ada "pelik sikit."

Aku tak sure apa sebab tapi pada diorang,apa saja benda yang dilakukan dalam bisnes,untuk dapat untung besar,halal atau haram mesti tolak ke tepi.Main jahat,putar sikit,tipu sana,tipu sini dan selalunya...bisnesman ni langsung takde perasaan bersalah.Seolah-olah dia takde rasa malu bekal PC dekat Jabatan Kerajaan charge sampai RM7 ribu sebijik PC padahal harga PC tu RM1600.

Apa yang lebih memelikkan aku adalah golongan-golongan Melayu yang berbisnes dengan tender kerajaan dan menghalalkan apa saja cara yang diorang pakai nak cekau duit kerajaan dan bila ditanya kenapa dia buat macam tu,dia akan jawab...

"Ini duit kerajaan.Daripada bagi kat orang Cina dan orang Cina dapat tender,baik bagi orang Melayu,biarlah orang Melayu yang kaya."Kalau tanya lagi, jawapan dia mudah....."ini semua bisnes.." Bisnes apa macam tu?Itu bukan bisnes..tender kerajaan adalah satu amanah sebab kerajaan akan keluarkan duit cukai untuk bagi tender tu.

Duit yang kau sapu,duit yang kau overcharged kerajaan tu,itu semua duit orang ramai. Bisnes kepala jubor bapak kau.Aku pun nak "bisnes" macam tu.

Semua orang Melayu nak untung cepat dan besar.Bersih atau tidak tolak ke tepi.Habis,apa kerajaan nak buat?Kalau kompeni Cina boleh supply barang RM2000 sebijik dan kompeni Melayu supply barang RM6000 sebijik,last2 tender dapat kat kompeni Melayu jugak la.Apsal?Macam mana duit kerajaan nak cukup kalau orang Melayu sendiri yang duk merompak kutipan cukai kerajaan setiap tahun?Kerajaan takut hilang sokongan sebab kebanyakan supporter kerajaan adalah orang2 yang dapat benefit daripada tender ni.Balancing act yang sangat delicate diperlukan di situ,sebab tu lah tender2 tu masih lagi diberikan dekat kompeni2 overcharge ni.

Jadi,berbalik kepada persoalan asal tadi,kenapa orang Melayu makin korup?

Seorang pakcik berkopiah datang pejabat JKR hulur RM15 ribu nak pastikan tender projek dapat kat dia. Seorang bapa datang ke Pejabat Daerah mintak surat sokongan anak nak masuk sekolah asrama penuh,tangan ada RM1000 untuk dihulur.Jadi Imam Masjid pun boleh bergaduh sebab jadi Imam ada elaun sekarang ni.Dulu masa takde elaun,takde sapa2 nak jadi Imam kat Masjid.

Siapa tak nak duit instant tanpa perlu buat apa-apa kan?Bila ada permintaan,akan ada pembekal.Bila ada tangan yang hulur,pasti akan ada hati yang terbukak menerima.Asal untung,asal kaya,asal duit masuk,beres.Nak lagi cantik,balik rumah,semayang.Doa mintak ampun mintak maaf sebab makan rasuah. Solat tak pernah miss.Tapi korup jugak!Esok sapu lagi sepuluh ribu.

Mungkin dalam bisnes tidak ada langsung definisi "agama" itu.
Semua itu bisnes."

p/s: Post ni diambil daripada blog Cursing Malay : Terus Terang. Kalau nak baca lagi pasal post ni, klik Awkward Agama - Kenapa Bisnes Perlu Kelentong?. Aku nak kongsi post ni sebab aku rasa dunia kita terlalu penuh dengan corruption, tak kisah lah dengan goverment ke, pembangkang ke. Manusia ingin mendapatkan duit tanpa memikirkan samada caranya betul atau salah, yang penting duit tetap dapat. Aku bukan cakap kosong tapi aku sendiri pernah tengok dan lihat pasal ni.
salam


a father who creatively captures his kids

assalamualaikum
Hey guys. This is only a short post. I just want to share some pictures. Enjoy it.


















salam

not again...

assalamualaikum

Hey guys. Aku nak mengadu sesuatu kat korang ni. Keadaan aku memang tak stabil sangat dan aku nak buat kerja apa-apa pun memang tak boleh. Urgh! Sekarang ni dah lah sibuk dengan FYP aku dan minggu ni kena tunjuk kat client/supervisor tapi ada pula yang mengacau. Kalau nak buat kerja je, mesti nak meleleh. Mesti korang dah tahu apa yang aku nak mengadukan. Iyer, FLU/SELSEMA. Disebabkan tu, aku telah meng'google'kan untuk cari macam mana nak sembuh kan selsema(plus, aku malas pergi klinik).

Tips untuk menyembuhkan selsema tanpa pergi klinik:
  • Minum banyak air panas (teh, sup, dll) untuk mengelakkan dehidrasi, menghangatkan badan dan untuk mennyahkan racun. Hal ini juga membantu sistem antibodi badan untuk melawan dan mencegah virus influenza. Minum teh herba juga membantu untuk meringankan sakit tekak.
  • Minum banyak jus (jus oren, jus multivitamin, dll) kerana vitamin dalam jus dapat membantu sistem antibodi badan dan menyembuhkan penyakit dengan lebih cepat.
  • Kekalkan kehangatan badan. Berpeluh membantu menyingkirkan racun dan memulihkan badan lebih cepat.
  • Kekalkan kehangatan kaki anda (memakai stokin yang selesa) kerana kaki yang hangat dapat membantu peredaran darah.
Sebenarnya ada cara yang lagi mudah. Pergi farmasi, beli Panadol Soluble. Kita sebenarnya tak baik terlalu bergantung sangat kat ubat-ubat macam ni tapi terpulang lah pada korang. Ok lah, saja nak kongsi tips ni. Doakan aku cepat sembuh ok. :)

salam


what?!

assalamualaikum

Hey guys. Apa khabar semua? Harap semua sihat, gembira, senang hati, cool, kenyang (?) dan lain-lain lagi. Aku sekarang tengah busy dengan final year project aku yang tak siap-siap lagi, adoi, tapi masih giat mem'blog'kan diri,haha. Aku nak stop dulu post untuk sambungan haunted house at seksyen 2 shah alam - part 1. Dalam post kali ni, aku nak meng'list'kan apa-apa saja yang telah berlaku yang membuat aku terfikir "biar betul?".

  1. Kenaikan lagi harga minyak RON 97.
  2. Malaysia berhasrat untuk membina loji pemprosesan nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Pahang.
  3. America nak membantu rakyat-rakyat Libya untuk dibebaskan dari pemerintahan Muammar Gaddafi.
  4. Pengharaman tarian poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
  5. Jepun menafikan logi nuklear di Fukushima meletup setelah berlakunya gempa bumi dan tsunami yang teruk.
Macam-macam yang dah berlaku sekarang. Bukan di negara kita saja, tapi melibatkan seluruh dunia. Ada banyak lagi yang aku nak 'list'kan tapi rasa cuma ni yang sesuai untuk di beritahu.

salam


 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger