Followers

dia yang bernama kekasih

assalamualaikum

Bermula..

Siapakah dia?
Mengapa aku menyebut namanya di ketika ini?
Apakah yang membuat aku begitu kepada dirinya?
Bilakah perasaan ini hadir di dalam diriku?
Dimanakah aku pernah bersua muka denganya?

Oh,ya. Dalam ingatanku pernah ternampaknya dikala aku masih di bangku sekolah. Aku memandangnya bermain ceria tanpa menghiraukan orang sekeliling. Senyumannya yang indah yang mampu menarik hati sesiapa saja yang melihatnya. Tidak pernahku menegurnya tetapi sebaliknya aku merenungnya dari jauh. Hanyalah nama panggilan yang aku tahu tentangnya, eika. Kemudian dia hilang dari pandanganku. Dimana dia? Tidak sempatku menegurnya untuk memperkenalkan diri ini. Mengapa begitu cepat kisah indah ini berakhir? Aku terdetik mungkin ini hanyalah perasaan yang singgah sebentar di jiwa.

15 tahun kemudian..

Rupa-rupanya cerita indah ini tidak berakhir begitu sahaja. Mungkin dengan izin-Nya, aku berjaya mencarinya kembali. Dia tetap seperti dahulu. Senyumannya, pandanganya, wajahnya dan suaranya tetap indah dan cantik seperti dahulu. Sungguh sempurna ciptan-Nya. Baiklah! aku tidak akan melepaskan peluang ini untuk memerkenalkan diriku kepadanya. Aku memberitahu namaku dan dibalasnya dengan namanya. Oh, Nur Zulaika. Bermula dari itu, diri ini semakin tertarik dengannya. Semakin aku inginkannya. Adakah ini yang dikatakan cinta? Adakah ini yang dikatakan jodoh? Adakah ini yang dikatakan sayang? Semakin hari semakinku ingin mengenalinya hingga terlahir perasaan sayang. Perasaan ini tidak mampuku sembunyikan. Aku berterus terang berkuatkan keikhlasan dan kesungguhanku untuk memilikinya. Cintaku sayangku begitu besar, harap dia juga merasakan.

dan sekarang..

σ 'αγαπώ. Μου λείπεις.
Semoga kami akan hidup bersama di suatu hari nanti. :)

salam
 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger