Followers

buncit, boroi, perut ke depan dan sebagainya

assalamualaikum
Hi guys. Kali ini aku nak buat post berkaitan dengan buncit @ boroi. Dulu-dulu, kalau bercakap pasal buncit, memang kaum lelaki yang kenalah. Tetapi sekarang tidak lagi, perempuan pun ada yang mengalami masalah yang sama. Aku pun juga ada lah sikit-sikit buncit tu tapi boleh cover lagi lah. :p


Daripada kajian yang aku buat pasal buncit ini, ada beberapa cara untuk mengawal atau mengurangkan masalah buncit ini.
  1. Pastikan anda bersarapan pada setiap pagi.
  2. Luangkan sedikit masa untuk bersenam.
  3. Banyakkan pengambilan serat (buah-buahan) yang tepat.
  4. Mempunyai masa tidur yang mencukupi.
  5. Cuba jauhi sebarang tekanan.
  6. Banyakkan minum air.
Bagi yang tengah buncit tu, janganlah korang rasa sedih. Masih ada cara untuk menyelamatkan korang dari terus menjadi boroi tapi kenalah usaha sikit. Kalau setakat cakap je, memang sampai ke sudah korang tetap perut jalan ke depan.
salam


that's my boy

assalamualaikum

OMG!
Blogspot sudah berubah muka. Ini memang sangat baguslah. Teruja aku tengok blogspot sekarang ini, rasa macam lagi smooth je. Tak ada yang complicated macam dulu ok. Ini memang akan menyenangkan semua blogger.


Sila abaikan berapa pageview untuk blog aku. :p

Eh, lupa nak tanya, apa khabar korang semua, sihat? Harap-harap korang sihat belaka dan ceria selalu. Dan tak lupa untuk yang beragama Islam, selamat menyambut Awal Muharram untuk semua.

salam
sponsored by glitter2u.blogspot.com

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger