assalamualaikum
Hey guys. Kalau anda merupakan rakyat Malaysia, pasti anda semua tahu apa-apa yang berlaku sekarang kat Malaysia. Iyalahkan, takkan tak ambil tahu lansung apa yang tengah berlaku kat negara sendiri. Kalau anda semua memang prihatin, mesti anda perasaan macam-macam isu yang telah berlaku kat negara kita ni. Isu tu lah, isu ni lah, memang terlalu banyak isu. Dulu aku taklah rasa seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam post kali ni, aku nak senaraikan isu-isu hangat / hot topics yang berkaitan dengan Malaysia.
1. Media massa yang utama penuh dengan perkara-perkara lucah.
Aku tak tahulah kenapa boleh jadi macam ni. Sepatutnya media massa perlu digunakan dengan betul. Perkara-perkara yang disampaikan oleh media massa mestilah satu perkara yang berguna, bukan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat. Kalaulah dah semuanya lucah, apa lagi rakyat nak tengok atau baca. Jangan terlalu mencari keuntungan semata-mata atau nak dapat pembaca yang ramai supaya mereka akan terus membeli. Cubalah beri sesuatu yang berguna untuk rakyat. Tambahan, media massa jangan lah nak tipu dan memperbodohkan rakyat.
2. Tenaga nuklear di Gebeng, Pahang.
Orang-orang Pahang mesti tahu sangat pasal isu ni. Syarikat Lynas Corporation Ltd. (Lynas) dari Australia ingin membina sebuah kilang memproses bahan kimia yang menggunakan bahan nuklear. Pembinaan kilang tersebut mendapat bantahan dari rakyat. Mula-mula bila aku baca pasal pembinaan kilang ni, aku rasa macam idea yang bagus. Tapi bila kajian dibuat, aku rasa nak bantah pula. Aku bukan pro kerajaan atau pembangkang, aku cuma rasa macam tak patut kilang tu dibina kat Malaysia. Ada banyak sebab kenapa tak patut bina, antaranya ialah kawasan yang tidak sesuai dan kesan radiasi yang mungkin boleh memberi keburukkan. Aku pun hairan kenapalah company tu bina kilang kat negara sendiri?
3. 1Malaysia email.
1Malaysia email akan diberikan untuk semua rakyat. Agak-agaklah, adakah rakyat memilih email buatan Malaysia atau email provider macam gmail,yahoo mail dan hotmail. Aku rasa semua orang akan pilih selain 1Malaysia. Bukan apa, aku rasa macam membazir pula bila keluarkan belanja yang banyak untuk buat 1Malaysia email ni. Baik gunakan duit yang ada untuk hal kebajikan rakyat. Memanglah email ni untuk rakyat, tapi gunakan mana yang lebih penting. Kalau aku lah, aku lagi yakin dekat email provider yang sedia ada. Ni kang, kalau guna 1Malaysia email, habis hilang privasi kita sebab kita belum tentu 1Malaysia betul2 selamat atau tak.
4. Banyak kes-kes pembunuhan.
Isu ni mungkin berlaku juga di negara-negara yang lain tapi aku cuma fokus Malaysia. Bila baca berita dalam internet, mesti ada berita tentang pembunuhan. Hampir setiap hari ada je kes-kes macam tu. Apa yang dah jadi dengan Malaysia? Perompak merompak rumah, lepas tu bunuh tuan rumah. Penyamun menyamun orang, lepas tu bunuh. Perogol merogol perempuan, lepas tu bunuh perempuan tu. Kejam sangat dah manusia yang ada sekarang sampai hilang identiti seorang manusia. Bila fikirkan balik, aku risau bila aku dah kahwin nanti, anak2 dan isteri aku mungkin akan terdedah dengan perkara2 yang bahaya macam ni.
salam