Followers

are you in love?

assalamualaikum
Hey guys. What is love? Dalam post kali ni, aku nak cerita pasal cinta. Tak pernah rasanya buat post pasal cinta ni,hehe. Banyak makna yang boleh diungkapkan bila kita cakap pasal cinta. Tiada maksud yang tepat untuk kita rungkai apakah sebenarnya tu cinta. Cinta itu indah, cinta itu penuh dengan kebahagiaan tapi adakah tu semua memberi maksud kepada cinta? No matter how you define it or feel it, love is the eternal truth in the history of mankind.

Aku pernah beberapa kali bercinta tapi tiada penghujung yang seperti aku mahukan. Mungkin aku belum bertemu jodoh aku yang sebenar-benarnya. Jadi, pengalaman tu semua aku nak kongsikan dalam post kali ni. Sebelum tu, apa yang aku sampaikan adalah berdasar kepada pengalaman aku saja.
  • Kejujuran dan Kepercayaan. Jangan sesekali mula menipu sebab lama kelamaan anda akan terus melakukannya. Ni kerana bila dah selalu buat, menipu akan menjadi perkara biasa dan mulalah tidak jujur pada pasangan anda. Begitu juga kepercayaan, jagalah dengan kepercayaan yang telah diberi oleh pasangan kita.
  • Ikhlas. Bila melakukan sesuatu untuk pasangan anda, perlu ditetapkan dalam hati bahawa kita buat adalah ikhlas dan tiada niat lain. Keikhlasan kita akan dibalas baik.
  • Terus Terang. Jika ada ketidakpuasan hati atau marah dengan sesuatu perkara, terus terang saja. Cara baik untuk terus terang adalah dengan gaya cakap yang baik dan nada yang rendah. Jangan kita melenting marah kat pasangan kita.
  • Adil. Bila kita bercinta, ia melibatkan dua belah pihak. Kedua-dua belah pihak perlu menjaga hati masing2 dan pasangan kita. Jangan kita terlalu mementingkan diri sendiri.
  • Ambil Berat. Cubalah kita bertanya keadaan pasangan kita setiap hari sekali, samada dia sihat atau tidak, dia gembira atau tidak. Bukan salah pun kalau kita buat begitu.
  • Terima Seadanya. Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna sifatnya melainkan Nabi Jujungan Kita. Apa yang ada pada pasangan kita tu adalah yang terbaik. Diri kita pun tidak sempurna mana pun.
  • Ibu Bapa. Adalah baik untuk kita memberitahu siapa pasangan kita kat ibu bapa kita. Bukan nak suruh masuk meminang, cuma untuk pengetahuan ibu bapa kita. Dengan siapa kita berkawan, orang dari mana. Ada kebaikkan kita buat macam ni.

Dalam bercinta, kita kena beringat-ingat juga, jangan terlalu cinta. Pasti semua orang pernah merasa apakah tu cinta. Mungkin ada dikalangan anda yang tengah hangat bercinta, mungkin juga yang masih tercari-cari cintanya. Yang sedang bercinta atau yang mencari cinta, anda kena ingat bahawa cinta pada Maha Pencipta Kita adalah segalanya.

salam




11 comments:

Noorae said...

yup..btoi. mcm kne je point2 tu..

Unknown said...

cari cinta allah le pak cik :)

Mîss Rôry said...

tOtally agree with u.. sis pOn byk kali kecewa n dh rs pnat dh.. de mgkin npe kite beberape kali kecewa supaya kite belajar dr sesuatu..

suke x semestinya syg, syg x semesti cinta, cinta x semestinya bersatu T_T

sis, bli nOkia C6-01 ^_^

Queen M said...

TRUE! kne ckp kat mak ayah dlu b4 pape..kalo x kang,penat2 je kapel 4 5 taun skali mak ayah x approve cne? >.<

fendy said...

noorae: tq sebab baca post ni. :)

serikandi umar: baik makcik.akan saya cari. :)

miss R: kita senasib sis.belum lagi jumpe jodoh kita kot.wow,patut lah buat post pasal cast handphone tu. :p

mira: betul.ada keberkatan kalau kita bagi tahu.bukan salah pun kan. :)

mira said...

Yup...you're right fandi...

saya juga pernah KECEWA...walau apa pun..jadikan ia sebagai pengajaran dan tabahkan hati..hurm...^^,





BTW...I'm really this post !

fendy said...

mira: tq!memang akan jadi pengajaran untuk kita. :)
tq so much,hehe

AcanCapik said...

sekarang single ke pen? sok nak kawin jangan lupa ajak. hehe

fendy said...

acan: lebih kurang lah.masih mencari.:) eh,patut aku yang pesan kat ko acan,haha.

Pretty Honey said...

bab kepercayaan tu yg paling ssh...

fendy said...

kepercayaan tu yang paling susah dan paling penting.kenalah jaga betul2 kepercayaan orang dan hati2 bila mempercayaai orang.

 

Hidup Aku Biasa Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger